Dia dah kawin pon

Assalamualaikum

Tahniah kak maria!! Hope berbahagia selalu. Credit to : CST Breed


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

121212

Assalamualaikum

Apa ada dengan tarikh 121212 nie? Kalau korang nak tahu, nie tarikh lahir adik raihan yang bongsu. Sangat cantik tarikh tuh kan. Hari nie baru berpeluang nak celebrate dengan family kerana tuntutan masa yang tidak mengizinkan. Hari nie umi buat kenduri kecil-kecilan. Ajak sanak saudara semua berkumpul bagi meraikan hari lahir adik bongsu raihan. Opah pon excited nak meraikan. Maklumlah anak2 dia akan datang berkumpul. Acik a.k.a mak cik raihan menyediakan juadah yang begitu enak sekali. Nasi beriani gam. Sori ye tak dapat nak tunjuk gambar sebab belum sempat ambil gambar dah kena lahap.

Just nak share dengan korang yang 121212 begitu bermakna for my lil brother. Hee.


Kek utk adik sedara yang kebetulan sama bulan lahir.


Kek for my lil brother. Choco strawberry berry. He's love the strawberry!!


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Akhirnya hari yang dinanti

Assalamualaikum

Lama rasa raihan tak update blog nie. Tapi kali nie raihan berpeluang update guna wifi hotel yang laju nie. Hari nie hari bahagia. Opps. Bukan perkahwinan ye. Tapi konvokesyen. Selama tiga tahun raihan berjuang utk skrol diploma nie. Jatuh bangun suka duka hanya Allah yang tahu. Kini raihan dapat membahagiakan dan membanggakan umi ayah dengan kejayaan yang raihan kecapi.

Jauh perjalanan utk ke majlis konvokesyen nie. Family raihan terpaksa naik tren utk ke Arau. Ayah tak mampu nak drive jauh. So apa salahnya naik public transport sambil menikmati permandangan kampung. Lagipun sekarang kan cuti sekolah.


Dengan family.


Denngan sahabat.

Majlis berjalan terlalu pantas. Pejam celik dah habis. Tak sempat nak snap gmbar dengan kwn2 pon. Sebab bila keluar dewan, masing2 dah gerak dengan family masing2 termasuk lah raihan. Huhu. Tahniah kwn2. Semoga jumpa lagi.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Segmen : Follow Sampai Pening

Assalamualaikum


Raihan dah lama x join segmen. Tetibe nampak plak segmen nie. 
Syarat2 pon senang.

Jumlah follower raihan sekarang : 1020


Selain tuh, syaratnya ialah kena follow semua peserta. InsyaALLAH raihan akan follow semua.
Tapi akan mengambil masa ya utk ke blog korang. 

Selamat berkenalan bg yang bru jejak sini. Kbai.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

D'morrvaleous : Shop here

Assalamualaikum.

Hye peeps. Mekaseh singgah sini baca. Hewhew. I'm still in mood holiday maklumlah tengah mid-sem break. Tapi banyak assignment dan test after this week. Macam mana pon raihan still tak get over dengan blog tau. Sesekali raihan blogwalking juga ke blog korang. Still nak merangkak komen entry2 korang yang dah raihan terlepas baca tuh.

Kali nie raihan nak promote blog kawan raihan. She's newbie. Korang singgah sana lepas tuh follow blog tuh yep. Meh kita support blogger baru. Raihan nak stress kan satu perkara, blog d'morrvaleous is a blogshop. So kalau ada yang berkenan dihati, jangan segan2 nak beli. Raihan nak bagi tahu tu aje. Kbai.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Nuffnang baik hati, Rezeki bulan Haji.


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab masih diberikan peluang dan kepercayaan dari pihak nuffnang. Rasa macam tak percaya. Rezeki bulan Haji nampaknya. Raihan nak ucapkan terima kasih pada yang masih sudi nak berkunjung ke sini. Raihan memang sangat sibuk dengan kuliah sehingga tak sempat nak blogwalking ke blog korang. Maaf sesangat. Nanti bila raihan ada kesempatan, raihan akan singgah dan komen semua entry korang yang raihan terlepas tuh ye. 


p/s : Terima kasih daun keladi, nanti datang lah lagi. :D


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Apam Dot Dot dah siap !!


Assalamualaikum

Raihan baru sempat nak update blog selepas sibuk beraya. Macam mana dengan raya korang? Alhamdulillah dapat juga kita berkumpul dengan sanak saudara masing-masing kan. Allah MAHA Besar. Raihan nak share hasil titik peluh yg raihan usaha kan dari petang tadi. Sebenarnya kejap je proses pembuatan dan pembikinannya. Tapi disebabkan kat rumah nie tak ade periuk kukus terpaksa lah ke rumah opah sebelah malam semata-mata untuk mengukusnya. Hehe.



Bahan-bahan :

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 ml susu segar@susu cair (1 cawan )
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-caranya :

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

p/s : Raihan dapat resepi nie dari blog Cik Tom. ^^V




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Contest blog siapa yang kawaii tu?

Raihan baru berpeluang join. Korang dah ke?

Join lah sekali. 

Tag : EyqaMieya

Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Dia telah kembali kepada Pencipta

Assalamualaikum

Semalam raihan tiba di rumah dan mendapat tahu satu berita yang tidak menggembirakan. Seorang junior sekolah raihan telah kembali ke rahmatullah. Walaupun raihan tak pernah berkenalan ataupun berjumpa dengan arwah. Kisahnya sangat menyentuh perasaan. Bergenang air mata mendengar berita tersebut.

Ini kisah seorang pelajar tingkatan 3 yang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah yang sedang berlangsung kini. Pada hari Isnin yang lalu si anak jatuh sakit secara tiba-tiba, lalu pihak sekolah telah menelefon mak dan ayahnya. Datang si ayah membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat antibiotik secara suntikan. 

Namun pada keesokan harinya, keadaan si anak bertambah teruk setelah kesan ubat tersebut hilang. Dalam keadaan yang uzur si anak terpaksa menjawab soalan peperiksaan secara baring kerana tidak mampu untuk duduk. Apabila ditanyakan, bagaimanakah keadaannya, si anak menjawab sakit dengan nada yang lemah. Si ayah sekali lagi membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Dan begitulah setiap kali apabila sakitnya tiba. Si ayah memaksa si anak untuk menahan sakitnya demi untuk menjawab soalan peperiksaan PMR.

Keadaan ini berterusan sehingga ke hari Khamis, apabila si anak dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Si anak telah koma seharian dan doktor telah mengesahkan bahawa si anak ini tidak dapat meneruskan peperiksaan PMR kerana keadaaan nya yang sangat serius. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa setelah keputusan darah dijalankan dan disahkan bahawa si anak telah menghidap denggi berdarah tahap kritikal. Kesan daripada denggi berdarah ini telah menyerang urat saraf si anak yang menyebabkan si anak tidak boleh berdiri ataupun duduk. Dan apabila kesannya bertambah teruk si anak koma. Namun Allah lebih menyayanginya, si anak ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi semalam (12 Oktober 2012).

Semoga Muhammad Harraz Haziq ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarganya.



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

WW - Kafe Ahla Seksyen 7

Assalamualaikum

Kafe Ahla, Seksyen 7 Shah Alam. Hari nie nak review makanan pula. Makanan dia memang superb. Sedap dan berbaloi. Harga pon tak mahal. Nanti kalau singgah shah alam, singgah lah makan sini yep. Cafe nie pon cantik dan kemas. Sedap mata memandang. Servis pon memang terbaik.

Mango Juice - RM2.50
Mini Pavlova - RM4.00
Gibna Chicken with Cheese - RM13.90
Chicken Chop - RM11.90

p/s : pastikan perut memang kosong bila datang sebab nanti tak habis makan. ayam dia besar-besar. XD


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Stress bola sepak

Assalamualaikum

Raihan dah stress. Hadoii. Apa lagi nak buat nie? Raihan sebenarnya busy study utk test. Tapinya otak dah tepu, likat dan padat. Plus sendat. Haha. Lepas penat study, roomate ajak tgk perlawanan bola UiTM FC. Raihan pon sebenarnya tak minat bola tapi sebab nak lepaskan stress. Raihan ikut jugak lah. Lagipun program nie adalah tajaan kolej kediaman yang raihan duduki sekarang. Pengangkutan dan tiket free. Plus makanan pon free. Apa lagi memang tak lepaskan peluang lah.

Bertolak dari UiTM jam 6.30petang ke Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya. Sesampai kami di sana, dah maghrib. Kami solat maghrib kat sana sebelum perlawanan bermula. Perlawanan nie hanya satu game sahaja antara Betaria FC vs UiTM FC. Pihak UiTM hantar 10 bas untuk sokong pasukan UiTM FC. Kami adalah pasukan sorak UiTM FC.


Edar makanan. Baru sikit nie.


Sesi pendaftaran nama penyokong, wakil dari Melati.


Kami satu bilik pergi bersama-sama.


Tiket perlawanan yang ditanggung oleh UiTM


Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

p/s : UiTM kalah 3-0. :'(


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Saya punya anak ikan

Assalamualaikum

Apa cerita pasal ikan nie? Bukan main lagi nak demand anak ikan ye. Haha. Jangan salah faham tau, nie bukan anak ikan yang tuh ye. Nie anak ikan yang real punya. Masa mula-mula beli ikan guppy ada 10 ekor semuanya. 5 ekor betina dan 5 ekor jantan. Tapi kan sekarang nie dah bertambah tau. Bukan satu. Bukan dua. Tapi berekor-ekor. Raihan pon tak tahu jumlahnya.

Anak ikan nie raihan asingkan dari ibu ayahnya sebab nanti kena makan pulak kan. Kecik sangat masa tuh. Sekarang umur anak ikan raihan dah masuk tiga minggu. Huhu. Gembiranya dapat anak ikan reramai. Gambar kat bawah tuh lah anak-anak ikan raihan. Sebalang je tau, bukan tiga balang. Saja nak letak gambar banyak2. Hewhew.

Korang ade bela ikan tak? Ikan apa yang korang bela?








Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

WW - Alhamdulillah rezeki

Assalamualaikum

Lama sudah tak update blog nie kan. Hehe. Raihan nak share kegembiraan yang raihan dapat dengan korang. Sekarang nie Nuffnang sering bermurah hati nak bagi BE kat blog raihan. Huhu. Kalau dulu, punyalah susahnya. Sekarang nie ade 3 BE yang berlegar-legar kat sini. Alhamdulillah syukur sangat2. Nie bukan entry nak riak tau. Sama sekali tak terniat. Cuma mahu berkongsi kegembiraan dan merupakan entry khas untuk Nuffnang yang dah beri keistimewaan nie kat blog raihan. 

Raihan nak ucapkan pada yang sudi singgah blog nie walaupun raihan tak dapat nak update selalu. Tanpa pembaca dan pengunjung blog nie, mungkin blog nie akan terkubur begitu sahaja.


P/s : Kalau rajin tolonglah klik kan iklan tuh yep. Trimas ^^




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Walimah Kawan Sekelas

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga meluangkan masa utk memenuhi jemputan walimah seorang sahabat lama. Walaupun dulu tak bertegur sapa, namun ukhwah tetap terjalin. Raihan doakan kawan raihan nie dapat menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab membimbing isteri. Suka sangat tengok mereka yang telah memilih jalan yang diberkati ini utk meneruskan perhubungan. Moga2 hidup kalian sentiasa diberkati oleh Allah. Tak sempat nak ambil gambar lain, sebab pengantin pon tak menang tangan. Huhu. Snap aja mana yang sempat. Raihan kenal yang pengantin lelaki sebabnya dia kawan sekolah raihan dulu. Kawan sekelas. 


Pengantin lelaki, Mohammad Safwan Abd Wahab.


Pengantin perempuan, Nur Amalina Munirah Zahari.

Tahniah buat kalian. Semoga berbahagia.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Akhirnya dapat tahu juga

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog nie. Maaf kan raihan atas kesibukan yang raihan alami sekarang. Malam nie ade kuliah lagi. isk isk..Sebelum tuh raihan nak share berita baik yang raihan dapat dengan korang. Hehe. Akhirnya UiTM dah sebarkan tarikh konvo diploma raihan hujung tahun nie. Hoooyeaaahhh!! Tak sabar nak  ke Perlis.



Tarikh penting!

Tarikh ambil jubah: 26/11/2012 
Masa : 2-5 petang
Tempat : Bangunan al-farabi 2
Raptai : 26/11/12 
Masa : 3.30 ptg

Butiran Istiadat Konvo ke-77
Tarikh:28/11/2012
Masa:2.30 ptg
Tempat: Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis

Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Third Language : Mandarin

Assalamualaikum


Raihan sedang mengikuti kelas Mandarin di kampus. Antara subjek wajib yang kena ambil. Sebenarnya banyak lagi tapi Mandarin yang ditetapkan utk kos raihan. Selain dari Mandarin, ada juga bahasa-bahasa lain seperti Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Arab dan Thai. Setahu raihan lah itu je yang ditawarkan pada kami student di Uitm Shah Alam nie. Serba sedikit apa yang raihan dah belajar. Nanti kalau berkesempatan, raihan update lagi. Next time raihan ajar nombor pula.

Dialog 1

A:  Ni hao ( Selamat Sejahtera)

B:  Ni hao

A: Ni hao ma? ( Apa khabar)

B: Wo hen hao. Ni ne? ( Saya sangat baik. Awak?)

A:  Wo ye hen hao, xiexie. (Saya juga sangat baik, terima kasih)

B: Ni jiao shenme mingzi? ( Nama awak apa?)

A: Wo jiao Raihan. ( Nama saya Raihan)

Dialog 2

A: Zhaoshang hao ( Selamat Pagi)

B : Zahoshang hao

A:  Ni mang ma? ( Awak sibuk kah?)

B: Hai hao, wo bu mang. ( Bolehlah, tak sibuk)


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Naik bas dalam kampus

Assalamualaikum.

Sekarang nie dah masuk minggu kedua kuliah, tapi baru sekarang berpeluang nak update blog. Maaf sangat2 sebab line broadband celcom kat sini tak berapa elok. Masa mula2 nak pergi kuliah, senior ada bagi tau yang kena naik bas pergi ke fakulti. Dengar macam jauh sangat kan. Tapi sebenarnya tak lah jauh mana, sebab still boleh jalan kaki kalau mahu. Bahana nya baju dah lencun basah sebab berpeluh. Haha.


Gambar di atas adalah situasi dalam bas waktu pagi. Tak berapa nak sesak sangat sebab kena bayar RM1 setiap kali naik. Kalau naik bas yang disediakan oleh pihak UiTM agak sesak sebab free. Selalunya raihan naik Rapid KL nie walaupun kena bayar RM1 setiap kali naik. Awal bulan je lah kan. Nanti dah hujung bulan, raihan naik bas free pulak. Hehe. 

Perkhidmatan bas yang disediakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 11 malam. Bas2 nie akan berlegar-legar dalam kampus dalam tempoh tersebut. Jadi tak perlu risau bas ada atau tak. Selalunya memang akan ada. Tapi raihan tak pasti pulak kalau time weekend. Sebab tak pernah stay dalam kampus time weekend lagi. 


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Sambutan ke21

Assalamualaikum

Pada tanggal 17 September yang lepas, genaplah 21 tahun umur raihan. Dalam 21tahun nie, raihan berasa sangat bersyukur dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga raihan ini. Terima kasih pada umi dan ayah yang membesarkan raihan sehingga kini. Melayan dan menanggung makan minum raihan sehingga kini. Segala pengorbanan dan kepayahan yang umi dan ayah alami sepanjang membesarkan raihan, sangat lah dihargai dengan jutaan kesyukuran. 

Raihan nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada kawan-kawan raihan yang wish. Dan raihan juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan raihan yang meraikan. Sungguh terharu rasanya. Senyum lebar-lebar. Raihan terima seadanya dengan apa yang ada. Sayang korang sangat-sangat sebab sudi meluangkan masa untuk meraikan hari lahir raihan yang ke21 ini.


Kek comel yang disponsor oleh Syakir


Bersama kawan baik, Fatin Atiqah.


Kawan sekolah rendah, menengah dan universiti. Syakir dan Afiq.

Sambutan meriah oleh family raihan dengan masakan umi yang tersedap di alam semesta. Haha. Ayam masak merah, raihan punya favourite. Dapat kek black forest sebiji. At the same time kami meraikan birthday kak chik, 12 September dan birthday ayah, 23 September pada hari yang sama. Tarikh dekat-dekat kan. Jadi sambut sekali gus saja. Tiap-tiap tahun macam tuh.


Kek black forest


Sepotong untuk raihan


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Alhamdulillah BE lagi

Assalamualaikum

Dah lama tak check Nuffnang sebab sibuk dengan kuliah yang baru bermula. Hari nie tergerak nak check, bersyukur sangat sebab dapat hadiah BE dari Nuffnang. Gembiranya rasa sebab blog raihan nie jarang sekali dapat BE sebelum nie. Raihan pon tak lah berharap sangat. Tapi kalau dah orang nak bagi kita kenalah berbudi bahasa kan.

Entry nie khas untuk Incik Nuffnang yang telah memberikan peluang kepada raihan untuk terus bersemangat dalam dunia blogging. Dan yang paling menggembirakan lagi raihan dapat BE nie pada tarikh birthday raihan. Kiranya Incik Nuffnang nie bagi hadiah hari jadi kat raihan. Haha. 


Alhamdulillah sekarang ada dua BE yang masih berjalan. Dari Inti working Adults dan terbaru dari Maybank Legoland.

p/s: Jangan lupa klik legoland punya iklan kalau ternampak ya. Sekian.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Budak AS skema ke?

Assalamualaikum.

Tahu tak apa tuh budak AS? AS bermaksud applied science. Ramai student kat sini label kami skema sebab kami budak AS. Kalau masa mula-mula dengar dulu panas jugak lah telinga mendengarnya. Tapi kan lama kelamaan baru lah nampak kenapa orang label kami macam tuh. Selalunya student yang ambil subjek sains nie majoriti subjeknya berat-berat. Dan kebanyakkan masa kami akan habiskan di makmal dengan projek-projek yang tiada kesudahan. Di tambah lagi dengan report ekperimen yang berpulun-pulun. Nampak tak betapa lah kami nie rajin gila belajar. Haha.


Kenangan kat makmal di Uitm Perlis

Masa diploma dulu dah rasa dan melalui liku-liku sebagai seorang budak sains. Sekarang nie lebih lagi terasa apabila ke peringkat yang lebih tinggi. So memang nak tak nak, kena terima hakikat yang budak sains memang always dengan buku, jarang ponteng kelas dan jarang jumpa dengan orang. Kelas yang padat bermula dari jam 8.30pagi dan berakhir pada jam 6.00petang. Masa raihan praktikal dulu pon, kebanyakkan masa memang dengan makmal. Makmal dan instrumen memang terpaksa dijadikan kawan baik kami.


Electronic balance


Orbital shaker


Soxhlet extractor

 

Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart