Kos hilang jerawat pada wajah

Assalamualaikum

Masalah remaja yang selalu ditakuti oleh kaum Hawa. Tetapi masalah ini bukan sahaja berlaku pada kaum Hawa sahaja tau. Kaum Adam juga mesti ada yang mengalami masalah nie. Normal things.Tapi tahu tak yang masalah nie boleh menyebabkan kita kehilangan keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai. Raihan pon tak lari dari masalah nie. Haihh. Hanya mampu berserah dan menunggu masa untuk jerawat nie hilang dari wajah.

Banyak dah rawatan yang raihan buat untuk atasi masalah nie. Berbalik pada rawatan tradisional dan pelbagai petua orang tua-tua diamalkan. Tapi tidak mendatang kan hasil. Kulit muka yang berminyak melampau menyebabkan pertumbuhan jerawat di kulit muka.Rawatan yang menggunakan bahan tradisional seperti kulit kayu manis, asam jawa, dan sebagainya telah dicuba. Tetapi gagal. Kini beralih pula pada rawatan secara modern iaitu menggunakan ubat-ubatan klinik.

Pertama : Elthrocin
Sejenis antibiotik yang dibekalkan oleh doktor. Raihan ambil dua biji sehari, macam nak tercekik telan ubat gaint nie.


Kedua : Cetaphil Oily Skin Cleanser
Pencuci muka untuk kulit berminyak. Cadangan yang diberikan oleh doktor. Cuci muka dua kali sehari. Tak boleh lebih sebab nanti muka jadi kering.


Ketiga : Acne Solution
Ubat titis yang dicadangkan oleh farmasis. Titiskan pada jerawat dua kali sehari. Boleh hilangkan parut juga.



Kesemua cara diatas masih dalam pemulihan. Raihan pon tak jamin sama ada berkesan atau tidak untuk atasi masalah nie. Alhamdulillah setakat nie hasilnya memuaskan. Tapi jangan lupa ya. Segala penyakit itu datangnya dari Allah. Dan setiap penyakit itu mempunyai penawar kecuali mati. Selagi ada daya, kita usahakan cara untuk atasi.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

19 budak mengomel:

AINI CHE DIN berkata...

sama la..akak msalah kulit bermnyak jgak plus jerawat mnjd2 dlu but now Alhamdulillah lpad akak guna tia amelia then akak guna bio-oil tuk hlangkn parut jrawat..hehe

cikeyrah berkata...

nice info ;)

Sue PeLik berkata...

sy pun ada masalah yang sama. huhu tapi saya bukan berpunca dari lebihan minyak tapi disebabkan pori2 terbuka dan tersumbat. serius tensen. huhu kan2

Nur Atiqah Mohd Zaki berkata...

hehe, syukur muke eyqa jarang ade jerawat tumbuh..

IntaNBerliaN berkata...

dulu ms jerawat teruk, sy siap suk dok cucuk antibiotik..

dyabunga berkata...

dya paling geram bila ada jerawat..rasa nk picit je jerawat..haha..tapi kalau guna ubat kne tgk juga kulit sesuai atau x

rAIHan berkata...

@AINI CHE DIN raihan dah try tia amelia..tp tak berkesan..:(

rAIHan berkata...

@Sue PeLik betul. kdg2 segan nak kuar rumah..:(

rAIHan berkata...

@IntaNBerliaN tak berani nak minta cucuk..takut jarum..:(

rAIHan berkata...

@dyabunga betul. raihan dah guna mcm2 jenis. tp tak berkesan. sedihnya. :(

yayahnasake berkata...

Ubat pil itu sy guna tetapi 1 hari mkn sekali

warnanya biru hjau mnakala sy punya warna biru,hijau dan purple

gεgυяl кechiкツ berkata...

FOLLOW & TERJAH BLOG SAYA JIKA SUDI EAA . . NANTI SAYA AKAN TINGGALKAN JEJAK DI SINI JUGA ^^,

http://sukasukimystory.blogspot.com/

hairy berkata...

heheh..byk gila kos kn.. ;-0

Nurlyla berkata...

lyla x brani ambik ubat2 sngat.. jdi lyla bnyak mkn buah dn mnum air.. mnum air yg pnting tu raihan.. akak lyla dulu pun brjrawat juga, tpi dia ambik ubat dn konsisten mnum air scukupnya.. skrang dh ok sikit.. gudluck raihan... raya nnti cntik2 tau..

rAIHan berkata...

@Nurlyla insyaALLAH..^^

WANA berkata...

wow banyak nye ubat.. kos pon byk jgk huhuhu
naseb baik kulit i kering kontang. jerawat taknak tumbuh sgt.. :P

rAIHan berkata...

@WANA dah takde cara lain. untunglah takde jerawat..;(

yana aina berkata...

assalam, mslh jerawat mmg tak dpt dipisahkn .. heheh yana pernah guna Cetaphil Oily Skin Cleanser. tapi kejap jerk .. sbb pencuci muka tue takda buih.mcm tak syok jerk nk gosok2 kat pp .. hehehh

fa farhana berkata...

Nak Duit Poket dgn guna FB tak??
RM0.15?? sikit kan??
Klik punya klik.. tak sedar, dalam bank dah ada RM250! hehehe.. Seronok laaaa...
daftar FREEE!..just promote jerr.... pastu boleh dapat RM 100 satu hari!...
JOM! ((((CUMA KLIK JE LINK DI BAWAH DAN ANDA AKAN TAHU))):)

KLIK PERCUMA Di: http://iklansticky.com/hop.php?ref=farahlove91

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart