Buat apa di Arau?

Assalamualaikum

I'm back!! Baru sampai 10malam semalam. Huhu. Mana yang jemput raihan join segmen or GA raihan sudah berkesempatan nak join. Maaf ya bagi yang raihan tak sempat nak join. Next time InsyaALLAH. Jom baca lebih lanjut. Raihan nak cerita apa yang raihan buat kat arau sebelum.


Ets ke Ipoh, ET54.


Menuju ke Tanjung Malim.


Bertolak pada jam10.05 malam dari komuter Rawang menaiki tren no.20 Senandung Langkawi menuju ke Arau,Perlis. Tren sendiri tak dapat nak ambil gambarnya sebab nak kejar masa. Nanti tertinggal pula kan. Hikhik.


Tren yang raihan naik. Sampai di Arau.


Senandung Langkawi sekarang menuju ke Hatyai, Thailand.


Buat clearence untuk diploma kat kampus Arau tuh. Banyak juga perubahan kat situ yep. Hampir setahun tak jejak kaki kat sana dah macam2 perubahan yang berlaku. Penat berjalan sekitar kampus utk dapatkan tandatangan dari setiap bahagian. Sahkan bahawa raihan bukan lagi student kampus Arau. Settlekan semua hutang piutang kalau ada. *nasib tiada. 


Perpustakaan dah berubah. Dulu ada kaunter peminjaman kat tengah2 nie. Sekarang dah lapang.


Anjung siswa a.k.a mushroom. Femes sebagai pusat beli belah dalam kampus. Haha. Tak banyak berubah.


Tengok student diploma berjalan pergi ke kelas. Rindu zaman belajar dulu. Bawa beg dan buku berat2 berjalan jauh ke sana sini untuk pergi ke kelas.


Tandatangan yang telah dikumpul. Macam main treasure hunt pulak kan. Hikhik.


Akhir sekali kad matrik dipotong. Clearence tamat. 

p/s : panjang pulak entry nie kan. maaf ye. nie pon lepas cut and edit tau.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

6 budak mengomel:

Azzah berkata...

oo..dulu raihan belajar kat arau ye..kampung kak azzah tu..

eimah siti berkata...

nak tgglkan kampus pn kena ada tanda tangan segala eh...huhu

Nur Atiqah Mohd Zaki berkata...

wah, eyqa baru nak masuk u raihan..

Hanif Idrus berkata...

Janji kerja selesai...
Mesti penat jln sana sini

cci berkata...

wa... pegi sana mengenang kembali nostalgia ek.. ^_^

◕ Kawaii D Y S H A ◕ berkata...

xpenah naik tren jauh2

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart