Apam Dot Dot dah siap !!


Assalamualaikum

Raihan baru sempat nak update blog selepas sibuk beraya. Macam mana dengan raya korang? Alhamdulillah dapat juga kita berkumpul dengan sanak saudara masing-masing kan. Allah MAHA Besar. Raihan nak share hasil titik peluh yg raihan usaha kan dari petang tadi. Sebenarnya kejap je proses pembuatan dan pembikinannya. Tapi disebabkan kat rumah nie tak ade periuk kukus terpaksa lah ke rumah opah sebelah malam semata-mata untuk mengukusnya. Hehe.



Bahan-bahan :

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 ml susu segar@susu cair (1 cawan )
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-caranya :

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

p/s : Raihan dapat resepi nie dari blog Cik Tom. ^^V




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

10 budak mengomel:

Azzah berkata...

cantiknya warna dia..mesti sedap..

Ain Zuhairi berkata...

wahhh rasa lapar pulak tgk apam awak tu :)

cci berkata...

nyum.... nak ..nak..

◕ Kawaii D Y S H A ◕ berkata...

uarggg.. ramainya post pasal makanan... tak pernah tyr lagi buat.. tp pernah order online tp harem tak sodap

لين Si Pipi Merah berkata...

eheh! cantik comel blako! nampak sedap. :)

Mieya Atiera berkata...

mudahnya bahan2 nya. boleh cuba nanti

tirahzairi berkata...

comeyyyy...

deno berkata...

amboi pandainya raihan buat... nampak sedap la... tak pernah makan apam polkadot... huhu :)

shuhadaothman berkata...

hantar sini sikit raihan. hehe

dya bunga berkata...

nak try buat lah

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart