Dia telah kembali kepada Pencipta

Assalamualaikum

Semalam raihan tiba di rumah dan mendapat tahu satu berita yang tidak menggembirakan. Seorang junior sekolah raihan telah kembali ke rahmatullah. Walaupun raihan tak pernah berkenalan ataupun berjumpa dengan arwah. Kisahnya sangat menyentuh perasaan. Bergenang air mata mendengar berita tersebut.

Ini kisah seorang pelajar tingkatan 3 yang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah yang sedang berlangsung kini. Pada hari Isnin yang lalu si anak jatuh sakit secara tiba-tiba, lalu pihak sekolah telah menelefon mak dan ayahnya. Datang si ayah membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat antibiotik secara suntikan. 

Namun pada keesokan harinya, keadaan si anak bertambah teruk setelah kesan ubat tersebut hilang. Dalam keadaan yang uzur si anak terpaksa menjawab soalan peperiksaan secara baring kerana tidak mampu untuk duduk. Apabila ditanyakan, bagaimanakah keadaannya, si anak menjawab sakit dengan nada yang lemah. Si ayah sekali lagi membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Dan begitulah setiap kali apabila sakitnya tiba. Si ayah memaksa si anak untuk menahan sakitnya demi untuk menjawab soalan peperiksaan PMR.

Keadaan ini berterusan sehingga ke hari Khamis, apabila si anak dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Si anak telah koma seharian dan doktor telah mengesahkan bahawa si anak ini tidak dapat meneruskan peperiksaan PMR kerana keadaaan nya yang sangat serius. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa setelah keputusan darah dijalankan dan disahkan bahawa si anak telah menghidap denggi berdarah tahap kritikal. Kesan daripada denggi berdarah ini telah menyerang urat saraf si anak yang menyebabkan si anak tidak boleh berdiri ataupun duduk. Dan apabila kesannya bertambah teruk si anak koma. Namun Allah lebih menyayanginya, si anak ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi semalam (12 Oktober 2012).

Semoga Muhammad Harraz Haziq ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarganya.



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

11 budak mengomel:

◕ Kawaii D Y S H A ◕ berkata...

Allah lebih menyayangi arwah, semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman amin

Amanina berkata...

Innalillah. sayu je baca. Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah..

Yura berkata...

Ya Allah terharunya.. Takziah buat keluarga arwah.

Lily Puteh berkata...

al-fatihah . harap keputusan pmr arwah memuaskan . sekurang-kurangnya ibu bapanya mampu tersenyum bangga :)

Amanina berkata...

Innalillah. sayu je baca. Allah lebih menyayanginya. Al-fatihah..

Nur Atiqah Mohd Zaki berkata...

takziah buat keluarga arwah..
smoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Azzah berkata...

Takziah..denggi mmg bahaya..

Ismi Iman berkata...

takziah dri iman..tetibe teringat anka sedare kpd bakal suami plak yg meninggal kena tembak

Che Rosliza Che mat berkata...

Al-fatihah...semoga arwah tenang di sana..

dya bunga berkata...

innalillah..semoga arwah tenang disana..

asmaniza emaneeza berkata...

kesian arwahh . semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dalam kalangan orang2 yang beriman . jadi dia sempat tak jawab exam PMR ?

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart