Walimah Kawan Sekelas

Assalamualaikum

Alhamdulillah dapat juga meluangkan masa utk memenuhi jemputan walimah seorang sahabat lama. Walaupun dulu tak bertegur sapa, namun ukhwah tetap terjalin. Raihan doakan kawan raihan nie dapat menjadi seorang suami yang baik dan bertanggungjawab membimbing isteri. Suka sangat tengok mereka yang telah memilih jalan yang diberkati ini utk meneruskan perhubungan. Moga2 hidup kalian sentiasa diberkati oleh Allah. Tak sempat nak ambil gambar lain, sebab pengantin pon tak menang tangan. Huhu. Snap aja mana yang sempat. Raihan kenal yang pengantin lelaki sebabnya dia kawan sekolah raihan dulu. Kawan sekelas. 


Pengantin lelaki, Mohammad Safwan Abd Wahab.


Pengantin perempuan, Nur Amalina Munirah Zahari.

Tahniah buat kalian. Semoga berbahagia.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Akhirnya dapat tahu juga

Assalamualaikum

Lama rasanya tak update blog nie. Maaf kan raihan atas kesibukan yang raihan alami sekarang. Malam nie ade kuliah lagi. isk isk..Sebelum tuh raihan nak share berita baik yang raihan dapat dengan korang. Hehe. Akhirnya UiTM dah sebarkan tarikh konvo diploma raihan hujung tahun nie. Hoooyeaaahhh!! Tak sabar nak  ke Perlis.



Tarikh penting!

Tarikh ambil jubah: 26/11/2012 
Masa : 2-5 petang
Tempat : Bangunan al-farabi 2
Raptai : 26/11/12 
Masa : 3.30 ptg

Butiran Istiadat Konvo ke-77
Tarikh:28/11/2012
Masa:2.30 ptg
Tempat: Dewan Sri Semarak, UiTM Perlis

Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Third Language : Mandarin

Assalamualaikum


Raihan sedang mengikuti kelas Mandarin di kampus. Antara subjek wajib yang kena ambil. Sebenarnya banyak lagi tapi Mandarin yang ditetapkan utk kos raihan. Selain dari Mandarin, ada juga bahasa-bahasa lain seperti Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Arab dan Thai. Setahu raihan lah itu je yang ditawarkan pada kami student di Uitm Shah Alam nie. Serba sedikit apa yang raihan dah belajar. Nanti kalau berkesempatan, raihan update lagi. Next time raihan ajar nombor pula.

Dialog 1

A:  Ni hao ( Selamat Sejahtera)

B:  Ni hao

A: Ni hao ma? ( Apa khabar)

B: Wo hen hao. Ni ne? ( Saya sangat baik. Awak?)

A:  Wo ye hen hao, xiexie. (Saya juga sangat baik, terima kasih)

B: Ni jiao shenme mingzi? ( Nama awak apa?)

A: Wo jiao Raihan. ( Nama saya Raihan)

Dialog 2

A: Zhaoshang hao ( Selamat Pagi)

B : Zahoshang hao

A:  Ni mang ma? ( Awak sibuk kah?)

B: Hai hao, wo bu mang. ( Bolehlah, tak sibuk)


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Naik bas dalam kampus

Assalamualaikum.

Sekarang nie dah masuk minggu kedua kuliah, tapi baru sekarang berpeluang nak update blog. Maaf sangat2 sebab line broadband celcom kat sini tak berapa elok. Masa mula2 nak pergi kuliah, senior ada bagi tau yang kena naik bas pergi ke fakulti. Dengar macam jauh sangat kan. Tapi sebenarnya tak lah jauh mana, sebab still boleh jalan kaki kalau mahu. Bahana nya baju dah lencun basah sebab berpeluh. Haha.


Gambar di atas adalah situasi dalam bas waktu pagi. Tak berapa nak sesak sangat sebab kena bayar RM1 setiap kali naik. Kalau naik bas yang disediakan oleh pihak UiTM agak sesak sebab free. Selalunya raihan naik Rapid KL nie walaupun kena bayar RM1 setiap kali naik. Awal bulan je lah kan. Nanti dah hujung bulan, raihan naik bas free pulak. Hehe. 

Perkhidmatan bas yang disediakan seawal jam 7 pagi dan berakhir pada jam 11 malam. Bas2 nie akan berlegar-legar dalam kampus dalam tempoh tersebut. Jadi tak perlu risau bas ada atau tak. Selalunya memang akan ada. Tapi raihan tak pasti pulak kalau time weekend. Sebab tak pernah stay dalam kampus time weekend lagi. 


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Sambutan ke21

Assalamualaikum

Pada tanggal 17 September yang lepas, genaplah 21 tahun umur raihan. Dalam 21tahun nie, raihan berasa sangat bersyukur dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga raihan ini. Terima kasih pada umi dan ayah yang membesarkan raihan sehingga kini. Melayan dan menanggung makan minum raihan sehingga kini. Segala pengorbanan dan kepayahan yang umi dan ayah alami sepanjang membesarkan raihan, sangat lah dihargai dengan jutaan kesyukuran. 

Raihan nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada kawan-kawan raihan yang wish. Dan raihan juga nak ucapkan ribuan terima kasih pada kawan-kawan raihan yang meraikan. Sungguh terharu rasanya. Senyum lebar-lebar. Raihan terima seadanya dengan apa yang ada. Sayang korang sangat-sangat sebab sudi meluangkan masa untuk meraikan hari lahir raihan yang ke21 ini.


Kek comel yang disponsor oleh Syakir


Bersama kawan baik, Fatin Atiqah.


Kawan sekolah rendah, menengah dan universiti. Syakir dan Afiq.

Sambutan meriah oleh family raihan dengan masakan umi yang tersedap di alam semesta. Haha. Ayam masak merah, raihan punya favourite. Dapat kek black forest sebiji. At the same time kami meraikan birthday kak chik, 12 September dan birthday ayah, 23 September pada hari yang sama. Tarikh dekat-dekat kan. Jadi sambut sekali gus saja. Tiap-tiap tahun macam tuh.


Kek black forest


Sepotong untuk raihan


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Alhamdulillah BE lagi

Assalamualaikum

Dah lama tak check Nuffnang sebab sibuk dengan kuliah yang baru bermula. Hari nie tergerak nak check, bersyukur sangat sebab dapat hadiah BE dari Nuffnang. Gembiranya rasa sebab blog raihan nie jarang sekali dapat BE sebelum nie. Raihan pon tak lah berharap sangat. Tapi kalau dah orang nak bagi kita kenalah berbudi bahasa kan.

Entry nie khas untuk Incik Nuffnang yang telah memberikan peluang kepada raihan untuk terus bersemangat dalam dunia blogging. Dan yang paling menggembirakan lagi raihan dapat BE nie pada tarikh birthday raihan. Kiranya Incik Nuffnang nie bagi hadiah hari jadi kat raihan. Haha. 


Alhamdulillah sekarang ada dua BE yang masih berjalan. Dari Inti working Adults dan terbaru dari Maybank Legoland.

p/s: Jangan lupa klik legoland punya iklan kalau ternampak ya. Sekian.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Budak AS skema ke?

Assalamualaikum.

Tahu tak apa tuh budak AS? AS bermaksud applied science. Ramai student kat sini label kami skema sebab kami budak AS. Kalau masa mula-mula dengar dulu panas jugak lah telinga mendengarnya. Tapi kan lama kelamaan baru lah nampak kenapa orang label kami macam tuh. Selalunya student yang ambil subjek sains nie majoriti subjeknya berat-berat. Dan kebanyakkan masa kami akan habiskan di makmal dengan projek-projek yang tiada kesudahan. Di tambah lagi dengan report ekperimen yang berpulun-pulun. Nampak tak betapa lah kami nie rajin gila belajar. Haha.


Kenangan kat makmal di Uitm Perlis

Masa diploma dulu dah rasa dan melalui liku-liku sebagai seorang budak sains. Sekarang nie lebih lagi terasa apabila ke peringkat yang lebih tinggi. So memang nak tak nak, kena terima hakikat yang budak sains memang always dengan buku, jarang ponteng kelas dan jarang jumpa dengan orang. Kelas yang padat bermula dari jam 8.30pagi dan berakhir pada jam 6.00petang. Masa raihan praktikal dulu pon, kebanyakkan masa memang dengan makmal. Makmal dan instrumen memang terpaksa dijadikan kawan baik kami.


Electronic balance


Orbital shaker


Soxhlet extractor

 

Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Senarai yang join GA partner raihan

Assalamualaikum

Nie senarai blog yang join Ga partner raihan yang bakal berakhir pada bulan Oktober nie. Terima kasih pada yang sudi join. Hope ramai yang akan join. Nie first time raihan buat partner GA.

Kalau korang nak join, sila KE SINI

  1. http://cikyayastory.blogspot.com/2012/08/giveaway-by-saya-dia-dan-dia.html
  2. http://eimah2328.blogspot.com/2012/08/giveaway-by-saya-dia-dan-dia.html
  3. http://mymatatajam.blogspot.com/2012/09/giveaway-by-saya-dia-dan-dia.html
  4. http://alwanixoxo95.blogspot.com/2012/09/giveaway-by-saya-dia-dan-dia.html
  5. http://nurfatihahhijau.blogspot.com/2012/09/giveaway-by-saya-dia-dan-dia.html
  6. http://foolishlovevictim.blogspot.com/2012/09/giveaway-by-sayadia-dan-dia.html
  7. http://chocolateholic4eva.blogspot.com/2012/09/giveaway-by-sayadia-dan-dia.html
  8. next you?

GA nie tamat pada 1 Oktober tau bukan 15 September. Jom lah join !!




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Giveaway by Saya,Dia dan Dia

Assalamualaikum.

1st time raihan join buat GA. Hehe. Korang join tau. Nie sticky post sampai 1 Oktober 2012.
Hope ramai lah yang join.


Cara2 nak join :

1. Blogger dari Malaysia
2. Follow blog nie, blog dia & twitter dia dan dia.
3. Like fanpage saya :


Like fanpage dia :



4. Wajib follow twitter sponsor,blog dan like fanpage sponsor.

5. Buat entry bertajuk "Giveaway by Saya, Dia dan Dia", letak banner dan link kan semula ke sini.

6. Tag 3 orang rakan dan pastikan mereka tahu.

7. Tinggalkan link entry GA tau, bukan link blog di bahagian komen. Tempat lain tak diterima.



Perhatian!!
-Bagi id fb & id follower sekali!
-Pemilihan berdasarkan random.org melainkan top refferal.
-Sesiapa yg tidak mengikut syarat ini penyertaannya tidak akan dikira..
-Yg tiada twitter @ fb tk payah cuma follow blog mereka sahaja oke? :)


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

AS225 - Kimia Gunaan

Assalamualaikum

Dah lama rasanya raihan tak update blog. Maaf atas kesibukan raihan sepanjang minggu lepas. Raihan sibuk dengan pendaftran, pensijilan, borang, dan pengesahan pelbagai urusan. Tambahan dengan broadband celcom yang raihan gunakan di Shah Alam tidak banyak membantu.

Kali nie raihan nak ambil kesempatan untuk update blog. Nak bagi tahu kat adik-adik yang sedang belajar diploma dan mungkin nak sambung ijazah nanti. Sedikit sebanyak maklumat pengajian ijazah yang raihan ambil sekarang nie.


klik utk pembesaran

Nie antara subjek yang raihan sedang ambil buat masa nie. Oleh kerana raihan adalah student lepasan semester akhir diploma UiTM. Raihan dapat transfer kredit dari apa yang raihan dah belajar kat diploma dulu. Sekarang nie raihan berada di semester ketiga di pengajian ijazah nie. Wish me good luck.

Raihan harap dapatlah maklumat ini membantu adik2 pada masa hadapan. Jangan tersalah ambil kos tau, nanti kalau tak minat nak belajar. Susah hati plak nnt. Hope for the best, prepare for the worst. Good luck!




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3




Bilangan followers : 985
Negeri : Selangor.

p/s : musim blog nie nak tambah follower dan kenalan. hikhik.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Zyraroxx: follower datang bertubi-tubi



 Join here and here too !!

Follower sekarang : 985

Jom kita meramaikan blog masing-masing. Drop your komen lepas follow. 
Tak nak follow pon komen juga. Nanti boleh raihan dtg bertandang raya.

p/s : Kalau nampak iklan maxis tuh, klik lah yep. ^^





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Segmen Bloglist September by Priya



Join here and join me

p/s: Raihan busy dengan kolej. Jadi update dengan segmen aja lah. 

Klu baru follow blog nie, komen tau. Raihan akan follow balik. Kbai.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Santai sebelum makan

Assalamualaikum


Korang nak yang mana sila pilih. Nanti ceduk sendiri yep. Jangan lupa bawa mangkuk plak. Takkan nak makan atas tapak tangan pula kan. Hikhik. Santai dulu before makan malam. Amacam?


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Pandang rendah pada orang

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian untuk hari nie, bersumberkan carian dimukabuku. Biar menjadi kayu ukur buat kita. Pedoman buat kita. Dan pengajaran buat kita.

Kisah tentang seorang professor dan seorang pendayung sampan : )
Pada suatu hari , seorang professor hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air , dia bertanya kepada pendayung sampan : “kamu pandai menulis dan membaca ? “

“er....er....tidak. saya buta huruf,” jawab si pendayung sampan.

“Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.” Kata professor tersebut.
Sampan semakin ke tengah sungai. Professor bertanya lagi : “ kamu ada menyimpan wang di dalam bank ?”
“er...er...tidak. pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,” jawab si pendayung sampan lagi.
“kamu hilang separuh lagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti.”

Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung sampan segera bertanya kepada professor : “tuan pandai berenang?”
“eh...eh...saya tidak pandai berenang, ” jawab professor dalam nada panik.

“kalau begitu , tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!” : ) kata si pendayung sampan.

Moral of the story : jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain : )
mungkin beliau memiliki keistimewaan tersendiri yang tidak kita miliki




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Esok hari yang dinanti

Assalamualaikum

Bila fikirkan semula macam tak percaya yang hari yang raihan tunggu selama 7 bulan sudah pon muncul. Dan yang paling menggembirakan ialah sepanjang raihan berblogging raihan tak pernah dapat BE pon tapi kali nie raihan memperolehi BE dari nuffnang. Raihan rasa syukur sangat. Tengok entry sini


Esok bermula lah era baru dalam hidup raihan sebagai pelajar degree. Hope raihan akan dapat berjumpa dan berkenalan dengan rakan-rakan yang baru. Sebabnya ramai kawan-kawan yang raihan rapat dulu menyambung degree di Arau. Hanya segelintir sahaja yang menyambung di Shah Alam. Dan raihan berharap yang raihan akan dapat membiasakan diri dengan suasana baru. 

Mungkin raihan tak dapat nak update blog dalam sehari dua nie. Tapi raihan akan cuba sedaya mungkin untuk update. Hope korang masih sudi ziarah sini. Dan raihan akan berusaha untuk singgah ke blog korang juga. InsyaALLAH.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Rezeki dari Nuffnang

Assalamualaikum

Maaf kan raihan sebab dah lama tak update blog. Raihan tengah busy sebab nak masuk univerisiti nie. Tapi jangan risau. Raihan still bole blogwalking ke semua blog dalam bloglist raihan. Hari nie rajin nak check nuffnang. Dah lama juga tak check. Huhu. Alhamdulillah ada rezeki dari nuffnang. Raihan ucapkan terima kasih kat nuffnang sebab beri peluang nie. Walaupun tak banyak mana, tapi raihan tetap bersyukur.

Korang tolong klik kat iklan nuffnang raihan tuh tau. Kali nie raihan dapat CPUV dari Inti Working Adults.
Klik tau kalau iklan tuh ada. Hehe.

Nie plak CPC yang raihan dapat sepanjang raihan berblog. Alhamdulillah.

p/s: perasan tak raihan tak pernah update pasal nie. Hihi.


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Dedahkan fail sulit sendiri

Assalamualaikum

Hai u'olls. Terima kasih singgah sini. Raihan sebenarnya dah penat susun jadual kuliah yang bakal bermula 10 September nie. So online facebook dan main satu permainan. Buka fail sulit yang merepek meraban. Ahha. Dah tahu merepek tapi nak main juga kan. Korang pon patut main. Hikhik~


Setia. Nie bagus nie. 


Haha. Bab bercinta 6 kali tuh bohong tau. Owh please raihan tak pandai berlakon. =,=''


Yang last nie banyak dapat respon dari kawan2. Kata mereka. Betul belaka. Huhu. Ini semua kebetulan yang tidak harus dipercayai.

p/s : birthday raihan tuh salah tau. hikhik. tuh rahsia besar.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Kolej Melati bakal kuterjah

Assalamualaikum

Maybe ada yang dah tahu raihan dapat sambung Uitm Shah Alam. Huhu. Dan raihan dapat kemudahan penginapan di Kolej Melati. Agak-agaknya mana lah Kolej Melati nie. Macam mana lah rupa dia. Baru ke lama ke? Hati ini tertanya-tanya.

Kalau nak tahu Kolej Melati mempunyai kapasiti 3450 pelajar dan mula beroperasi pada semester November 2002. Terdapat 4 blok iaitu blok 4A mempunyai ketinggian 8 tingkat manakala blok 4B,10 tingkat dengan muatan dua orang sebilik. Kemudahan lif disediakan bagi kedua-dua blok tersebut manakala blok 3A dan 3B masing-masing mempunyai ketinggian 4 tingkat dengan muatan 4 orang sebilik. Pejabat Pengurusan Kolej terletak di bahagian bawah antara blok 3A dan blok 4A. Kolej Melati terletak berhampiran dengan Kolej Teratai, bersebelahan Kolej Mawar dan berhadapan Blok III (Twin Tower / Menara SNT ).

Ahha. Raihan baca kat website Uitm. *mulut nganga. Haha. Hope dapat lah yang ohsem lagi hensem. Sekarang nie raihan sedang buat countdown nak masuk kolej tuh. Bukan free tau. Kena bayar ikut jenis bilik. Erm pasal kadar bayaran tuh raihan update kemudian.

Credit pada blog nie.


Credit pada blog nie pula.




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart