Nuffnang baik hati, Rezeki bulan Haji.


Assalamualaikum

Alhamdulillah. Bersyukur sangat sebab masih diberikan peluang dan kepercayaan dari pihak nuffnang. Rasa macam tak percaya. Rezeki bulan Haji nampaknya. Raihan nak ucapkan terima kasih pada yang masih sudi nak berkunjung ke sini. Raihan memang sangat sibuk dengan kuliah sehingga tak sempat nak blogwalking ke blog korang. Maaf sesangat. Nanti bila raihan ada kesempatan, raihan akan singgah dan komen semua entry korang yang raihan terlepas tuh ye. 


p/s : Terima kasih daun keladi, nanti datang lah lagi. :D


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Apam Dot Dot dah siap !!


Assalamualaikum

Raihan baru sempat nak update blog selepas sibuk beraya. Macam mana dengan raya korang? Alhamdulillah dapat juga kita berkumpul dengan sanak saudara masing-masing kan. Allah MAHA Besar. Raihan nak share hasil titik peluh yg raihan usaha kan dari petang tadi. Sebenarnya kejap je proses pembuatan dan pembikinannya. Tapi disebabkan kat rumah nie tak ade periuk kukus terpaksa lah ke rumah opah sebelah malam semata-mata untuk mengukusnya. Hehe.



Bahan-bahan :

3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
220 gm gula halus (1 cawan)
150 ml susu segar@susu cair (1 cawan )
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-caranya :

1. Masukkan telur, gula dan ovalette ke dalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang dan menjadi putih.

2. Selepas tue, baru campur bahan2 lain seperti masukkan susu, tepung+baking powder (yang telah diayak) dan esen vanilla dan mix lagi dengan kelajuan minimun sehingga sebati.

3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna water based mengikut pilihan.

4. Masukkan setiap adunan berwarna ke dalam piping bag.

5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas (setengah/separuh sahaja).

6. Letakkan filling secukupnya (nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan).

7. Picit lagi adunan sama atau warna berbeza sehingga hampir penuh.

8. Last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus dengan api kecil/sederhana selama 10-15minit atau sehingga masak.

p/s : Raihan dapat resepi nie dari blog Cik Tom. ^^V




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Contest blog siapa yang kawaii tu?

Raihan baru berpeluang join. Korang dah ke?

Join lah sekali. 

Tag : EyqaMieya

Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Dia telah kembali kepada Pencipta

Assalamualaikum

Semalam raihan tiba di rumah dan mendapat tahu satu berita yang tidak menggembirakan. Seorang junior sekolah raihan telah kembali ke rahmatullah. Walaupun raihan tak pernah berkenalan ataupun berjumpa dengan arwah. Kisahnya sangat menyentuh perasaan. Bergenang air mata mendengar berita tersebut.

Ini kisah seorang pelajar tingkatan 3 yang sedang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah yang sedang berlangsung kini. Pada hari Isnin yang lalu si anak jatuh sakit secara tiba-tiba, lalu pihak sekolah telah menelefon mak dan ayahnya. Datang si ayah membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat antibiotik secara suntikan. 

Namun pada keesokan harinya, keadaan si anak bertambah teruk setelah kesan ubat tersebut hilang. Dalam keadaan yang uzur si anak terpaksa menjawab soalan peperiksaan secara baring kerana tidak mampu untuk duduk. Apabila ditanyakan, bagaimanakah keadaannya, si anak menjawab sakit dengan nada yang lemah. Si ayah sekali lagi membawanya ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Dan begitulah setiap kali apabila sakitnya tiba. Si ayah memaksa si anak untuk menahan sakitnya demi untuk menjawab soalan peperiksaan PMR.

Keadaan ini berterusan sehingga ke hari Khamis, apabila si anak dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Si anak telah koma seharian dan doktor telah mengesahkan bahawa si anak ini tidak dapat meneruskan peperiksaan PMR kerana keadaaan nya yang sangat serius. Doktor tidak dapat berbuat apa-apa setelah keputusan darah dijalankan dan disahkan bahawa si anak telah menghidap denggi berdarah tahap kritikal. Kesan daripada denggi berdarah ini telah menyerang urat saraf si anak yang menyebabkan si anak tidak boleh berdiri ataupun duduk. Dan apabila kesannya bertambah teruk si anak koma. Namun Allah lebih menyayanginya, si anak ini telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.30 pagi semalam (12 Oktober 2012).

Semoga Muhammad Harraz Haziq ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarganya.



Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

WW - Kafe Ahla Seksyen 7

Assalamualaikum

Kafe Ahla, Seksyen 7 Shah Alam. Hari nie nak review makanan pula. Makanan dia memang superb. Sedap dan berbaloi. Harga pon tak mahal. Nanti kalau singgah shah alam, singgah lah makan sini yep. Cafe nie pon cantik dan kemas. Sedap mata memandang. Servis pon memang terbaik.

Mango Juice - RM2.50
Mini Pavlova - RM4.00
Gibna Chicken with Cheese - RM13.90
Chicken Chop - RM11.90

p/s : pastikan perut memang kosong bila datang sebab nanti tak habis makan. ayam dia besar-besar. XD


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Stress bola sepak

Assalamualaikum

Raihan dah stress. Hadoii. Apa lagi nak buat nie? Raihan sebenarnya busy study utk test. Tapinya otak dah tepu, likat dan padat. Plus sendat. Haha. Lepas penat study, roomate ajak tgk perlawanan bola UiTM FC. Raihan pon sebenarnya tak minat bola tapi sebab nak lepaskan stress. Raihan ikut jugak lah. Lagipun program nie adalah tajaan kolej kediaman yang raihan duduki sekarang. Pengangkutan dan tiket free. Plus makanan pon free. Apa lagi memang tak lepaskan peluang lah.

Bertolak dari UiTM jam 6.30petang ke Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya. Sesampai kami di sana, dah maghrib. Kami solat maghrib kat sana sebelum perlawanan bermula. Perlawanan nie hanya satu game sahaja antara Betaria FC vs UiTM FC. Pihak UiTM hantar 10 bas untuk sokong pasukan UiTM FC. Kami adalah pasukan sorak UiTM FC.


Edar makanan. Baru sikit nie.


Sesi pendaftaran nama penyokong, wakil dari Melati.


Kami satu bilik pergi bersama-sama.


Tiket perlawanan yang ditanggung oleh UiTM


Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

p/s : UiTM kalah 3-0. :'(


Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Saya punya anak ikan

Assalamualaikum

Apa cerita pasal ikan nie? Bukan main lagi nak demand anak ikan ye. Haha. Jangan salah faham tau, nie bukan anak ikan yang tuh ye. Nie anak ikan yang real punya. Masa mula-mula beli ikan guppy ada 10 ekor semuanya. 5 ekor betina dan 5 ekor jantan. Tapi kan sekarang nie dah bertambah tau. Bukan satu. Bukan dua. Tapi berekor-ekor. Raihan pon tak tahu jumlahnya.

Anak ikan nie raihan asingkan dari ibu ayahnya sebab nanti kena makan pulak kan. Kecik sangat masa tuh. Sekarang umur anak ikan raihan dah masuk tiga minggu. Huhu. Gembiranya dapat anak ikan reramai. Gambar kat bawah tuh lah anak-anak ikan raihan. Sebalang je tau, bukan tiga balang. Saja nak letak gambar banyak2. Hewhew.

Korang ade bela ikan tak? Ikan apa yang korang bela?








Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

WW - Alhamdulillah rezeki

Assalamualaikum

Lama sudah tak update blog nie kan. Hehe. Raihan nak share kegembiraan yang raihan dapat dengan korang. Sekarang nie Nuffnang sering bermurah hati nak bagi BE kat blog raihan. Huhu. Kalau dulu, punyalah susahnya. Sekarang nie ade 3 BE yang berlegar-legar kat sini. Alhamdulillah syukur sangat2. Nie bukan entry nak riak tau. Sama sekali tak terniat. Cuma mahu berkongsi kegembiraan dan merupakan entry khas untuk Nuffnang yang dah beri keistimewaan nie kat blog raihan. 

Raihan nak ucapkan pada yang sudi singgah blog nie walaupun raihan tak dapat nak update selalu. Tanpa pembaca dan pengunjung blog nie, mungkin blog nie akan terkubur begitu sahaja.


P/s : Kalau rajin tolonglah klik kan iklan tuh yep. Trimas ^^




Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart