Resepi Crepe Mudah


Assalamua'laikum

Kali nie raihan nak kongsi resepi lagi. Raihan dapat dari kolej komuniti yang raihan attend hari tuh. Senang sangat nak buat sebenarnya, cuma masa raihan try kali pertama dulu teknik nya tak berapa betul. Sebab tuh lah tak menjadi sangat. Kali nie raihan buat dapat 30 biji, sedap pulak tuh. Huhu.

Bahan-bahan :

‎250g tepung gandum
2 sudu besar tepung ubi
2 sudu besar gula halus/castor
1/2 sudu kecil garam
200ml santan
300ml susu segar
2biji telur
400ml air
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter yg dicairkan.

Cara-cara :

Ayak kan tepung dulu.
Campur kan sekali tepung, gula, garam, santan, susu segar, telur, esen vanilla dan air.
Kacau rata. Boleh guna blender, mixer or manual.
Masukkan butter last sekali.
Letakkan sedikit pewarna.
Kemudian tapiskan adunan tadi.
Panas kan non-stick pan, letak kan sedikit butter. Make sure jangan terlalu panas.
Letak kan adunan tadi nipis2 atas permukaan kuali.
Biarkan seketika atas kuali tuh dan tak perlu diterbalikkan. Dan angkat.


Inti :

Whipping cream (non dairy) yang dah diputar gebu.
Buah-buahan yang secukupnya ( strawberry, kiwi, mango, durian)

Cara-cara:

Letakkan whipping cream ditengah2 crepe tadi.
Susun buah rata atas whipping cream tadi. Dan letakkan lagi whipping cream atasnya.
Lipat crepe tersebut.
Simpan dalam peti ais selama 30 minit.






Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

7 budak mengomel:

hazwan hairy berkata...

sedapnya..nakkkkk..

Kila Lala berkata...

bole try nie nnt....tiba2 telan air liur haha :D

cci berkata...

terliurnya.. ^_^

xila dot berkata...

first time sy buat tak jadi...sedih giler...tgokla buat bila2 sng nnti

Mar Haini Abdul Rahim berkata...

yeahh bagi kat akak skett.. heheh :D

Mieya Atiera berkata...

nak sikit. Nak buat sendiri, malas lah pulak. hehe

Sue Bee berkata...

tumpang lalu salin resepi :)

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart