5 Produk Komestic Yang Berbahaya

Assalamualaikum

Hai readers! Hope uolss sihat sejahtera dibawah lindungan keberkatan Maha Esa. Raihan nak share satu berita yang mana mungkin ada yang dah tahu. Raihan memang lambat sikit bab-bab berita nie. Tambahan pula tentang produk kecantikan nie, selalunya orang promote barulah raihan akan aware atau alert dengan produk-produk cenggini.

Tadi kawan kat facebook share tentang satu masalah yang dihadapinya setelah menggunakan produk berbahaya tuh. So, raihan nak kongsi lah apa yang raihan google agar uolls boleh ambil langkah berjaga-jaga.

Berikut adalah petikan dari Astro Awani :

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian berkenaan, Datuk Eisah A.Rahman berkata produk tersebut ialah Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment (betamethasone), Natural 99 Night Cream, Natural 99 Day Cream, SF Beauty Night Cream (Facial) dan SF Beauty Day Cream (Facial), kesemua mengandungi merkuri.
Dan nie pula adalah dari MyNewsHub :

Long-term use of betamethasone without professional health guidance would lead to thinning of the facial skin, cause irritation, cracks, pimples and pigmentation and detrimental to the blood circulation system.

Mengikut apa yang kawan raihan share, dia guna SF Beauty dan mengalami masalah muka sampai kena jumpa doktor. Malah terpaksa berhabis ribuan utk proses pemulihan. Raihan pon pernah dengar seorang kawan yg menggunakan produk nie. Tapi hasilnya memang mengkagumkan. Cantik, flawless gitu. Tapi kita kena beringat, kesan dan padahnya mungkin bukan sekarang. Nanti dah tua baru nampak kesannya tau. Hah jangan menyesal pula kemudian hari.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik.





Thanx sbb sudi baca, sila lah komen yep..=)

7 budak mengomel:

Eimma Esmail berkata...

errr...Ima dulu guna jugak SF.. tapi, lepas tu stop. nasib baik.. huhu..

MAY berkata...

Skg org sume nk cpt santek katenye.

deno berkata...

thanks for sharing dear :)

hana hadi berkata...

sf kosmetik masih ada lagi orang pakai kan.. huhu orang yang pakai tu kata bila berenti. kulit jadi merah dan mengelupas. jadi maknya produk tu bahaya kan

Mieya Atiera berkata...

Thanks sharing. Macam mieya, Mieya guna produk yang familiar je.

Nur Azwa Edora berkata...

naseb baik kita tak pakai ape2 produk kat muka ni , makan makanan tambahan jela . huhu ><

mia yusof berkata...

wahh comel lah blog ni :) jom singgah ke blog saye ,saye follower yang ke 1062 ^^

Copyright @ NURAIHAN AB HAMID. Credit Image to Google
Faded Red Hand Blue Bow Heart Fruity Strawberry Heart